Oh My Perut Lapar !

Hujan yang mencurah lebat menyeyakkan lagi tidur Adiba dan Mirsha. Tiba tiba, grrrr grrrr. Grrr grrrr. Adiba tersedar. ” woi mirsha bunyi apa tu ?” Tanya Adiba kepada sahabatnya. ” Oh kawanku! Perut ku bergeroncong sekali ni. Aku… aku… CRAVING MCDONALD” jawab mirsha sambila menangis teresak esak.

Adiba gelabah.

” Mirsha… Iboh nangis nangis. Kita pergi ya McDonald” pujuk Adiba.

Mirsha setuju lalu berkata “Tapi…tapi kau belanja aku boleh tak ? Duit aku tak masuk lagi bulan ni”, lalu teresak esak membuat muka comel minta penyepak.

Lalu Adiba cuba untuk menyepak Mirsha, lalu Mirsha melompat dengan penuh lincah sekali ke atas katil. Adiba dengan tercungap cungap berkata” Oh, sikpa. Disebabkan kau mampu mengelak, aku belanja kau”

Mirsha tersengih tersipu sipu sambil berkata ” terima kasih gegirrrl”.

Lalu mereka pun bertolak ke Kuching yang terletak lebih kurang 20km dari Kolej Seroja Unimas dengan menaiki grab. Semata mata demi Mc Donald sanggup Adiba dan Mirsha lakukan apa apa sahaja.

Sejurus tiba di Mc Donald, Adiba dan Mirsha berlari pecut menuju ke kaunter kerana bimbang loaded potato mereka kehabisan stok.

Tiba di kaunter, naaaahh ” maaf dik loaded potato habis” kata akak McD sambil tersengih sengih seperti kerang busuk. Adiba meraung. Mirsha histeria. Masakan mungkin!

Tiba tiba, “tapikan adik… kita ada menu baru McFlurry Party. Setakat ni memanc dapat sambutan hangat ” kata akak McD. Adiba dan Mirsha merangkak ke kaunter semula dengan mata yang bersinar somar seperti Puss in the boot. ” Haaaa boleh kak, boleh” kata Mirsha dengan mengiggil.

Usai mengambil McFlurry Party dan membayar, Adiba dan Mirsha pun pulang ke kampus timur Unimas dan menikmati McFlurry Party mereka di tepi tasik ensurai. Perut mereka penuh, mereka bahagia. Tammat.